11 Disember 2024: Pihak TCOMM bersama Tn Haji Hamdan Bin Ibrahim selaku Ketua Pegawai Eksekutif TDM Plantation Sdn. Bhd. dan pegawai-pegawai beliau telah mengadakan sesi lawatan tapak di Ladang Bari Setiu bagi pembinaan struktur menara telekomunikasi di bawah projek MC21.
Projek MC21 adalah satu inisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang bertujuan untuk meluaskan rangkaian liputan dan merapatkan jurang digital dalam penggunaan rangkaian mudah alih khususnya bagi kawasan-kawasan luar bandar.
Semoga pembinaan struktur menara bagi tapak ini berjalan dengan lancar dan memberi impak yang positif kepada penduduk sekitar kawasan berkenaan.