admintcomm

Sidang Kemuncak State Government 4 (SG4)

2 September 2024 – Sidang Kemuncak State Government 4 (SG4) yang melibatkan negeri Terengganu, Perlis, Kelantan, dan Kedah telah diadakan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor. Sidang ini melibatkan pertemuan antara Menteri Besar Negeri-Negeri bersama Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. TCOMM mengharapkan agar SG4 …

Sidang Kemuncak State Government 4 (SG4) Read More »

Mesyuarat antara Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) bersama Syarikat Deployment Partners (DP) suku ke-3 (2024)

Pada 26 Ogos 2024, TCOMM telah mengadakan mesyuarat bersama syarikat-syarikat Deployment Partners (DP) di Zenith Hotel Kuantan. Mesyuarat yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4 petang ini merangkumi perbincangan mengenai perkembangan prestasi dan laporan semasa DP, status terkini perjanjian kontrak, serta penyelesaian isu-isu berkaitan. Terima kasih kepada semua yang terlibat atas komitmen dan sumbangan …

Mesyuarat antara Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) bersama Syarikat Deployment Partners (DP) suku ke-3 (2024) Read More »

TCOMM TIMEOUT

📅 22/07/2024: Alhamdulillah, hari ini semua kakitangan TCOMM berpeluang mengadakan sesi Timeout. Sesi Timeout ini melibatkan aktiviti boling berpasukan dan makan tengah hari di KBB Burger & Steak Terengganu. Semoga sesi ini dapat mengeratkan hubungan dan meningkatkan persefahaman di kalangan warga TCOMM.

Bengkel Pelaksanaan dan Pematuhan Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-1) Negeri Terengganu 2024.

Pada 19 hingga 20 Ogos 2024, TCOMM telah menghadiri satu Bengkel Pelaksanaan dan Pematuhan Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) Negeri Terengganu 2024 yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) negeri Teregganu bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan.  Antara agenda utama yang dibincangkan di dalam bengkel tersebut adalah berkaitan kaedah penyediaan …

Bengkel Pelaksanaan dan Pematuhan Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-1) Negeri Terengganu 2024. Read More »

Aktiviti Pengenalpastian Menara Telekomunikasi Tanpa Permit di Kuala Terengganu

📅 14/08/2024: Aktiviti pengenalpastian menara telekomunikasi yang beroperasi tanpa permit PBT di daerah Kuala Terengganu telah dilaksanakan di mana ianya diketuai oleh CEO TCOMM, En. Yousri Taibin dan juga wakil daripada Jabatan Kawalan Bangunan MBKT. Lawatan ini mendapati terdapat beberapa struktur menara telekomunikasi tanpa permit dan tidak tersenarai dalam proses pemutihan. TCOMM komited dalam menangani …

Aktiviti Pengenalpastian Menara Telekomunikasi Tanpa Permit di Kuala Terengganu Read More »

Kunjungan Hormat daripada FALCO LAW

Pada 12 Ogos 2024, jam 9 pagi, TCOMM telah menerima kunjungan hormat daripada tujuh wakil FALCO LAW, termasuk Dato’ Hj Fariz Irwan Mustafa (Managing Consultant) dan Datin Hjh Nor Raihan Abdullah (Group CFO). En. Yousri Taibin selaku CEO TCOMM, telah menyambut mereka dengan mesra serta mengadakan pertemuan yang penuh makna bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan. Kami …

Kunjungan Hormat daripada FALCO LAW Read More »

Majlis Pelancaran & Penandatanganan MOU The Future Research

Kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa CEO kami, En. Yousri Taibin, telah menghadiri Majlis Pelancaran & Penandatanganan MOU The Future Research pada 5 Ogos 2024, di The Everly Putrajaya. Tujuan The Future Research adalah untuk merealisasikan pandangan-pandangan penyelidikan supaya menjadi dasar yang boleh dilaksanakan, dengan matlamat memberi impak yang nyata melalui penyelidikan dasar, pembangunan, dan …

Majlis Pelancaran & Penandatanganan MOU The Future Research Read More »

TCOMM @ SPARK 2024

Dari 25 hingga 27 Julai, TCOMM telah menyertai Selangor Investment and Industrial Park Expo (SPARK) 2024 di KLCC. En. Yousri Taibin, CEO kami, hadir untuk mewakili syarikat dan mempamerkan komitmen kami terhadap kemajuan dan inovasi dalam industri. SPARK 2024 mengumpulkan pelbagai pakar, perintis, dan pelabur, menawarkan pandangan mendalam mengenai ekosistem pelaburan dan perindustrian di Selangor …

TCOMM @ SPARK 2024 Read More »

Program Kacau Bubur Asyura

Pada 31 Julai 2024, TCOMM bersama-sama dengan TD1303 dan KUTT, syarikat-syarikat di bawah kumpulan MBI Modal Sdn. Bhd., telah menyertai Program Kacau Bubur Asyura. Program ini diadakan sempena menyambut bulan Muharram dan mempererat ukhuwah di antara syarikat-syarikat terlibat sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami. Semoga kerjasama ini terus mengukuhkan hubungan dan memberikan …

Program Kacau Bubur Asyura Read More »