Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Kampung Sungai Ikan, Tepoh, Kuala Terengganu

04 Jan 2023 (Rabu) – Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan musibah di mana ramai rakyat Terengganu telah terkesan dengan musibah banjir yang melanda di beberapa kawasan.

Sebagai tanda prihatin, TCOMM berbesar hati menghulurkan sumbangan kepada beberapa penduduk di Kampung Sungai Ikan yang terkesan dengan banjir yang melanda tempoh hari yang diketuai oleh En. Zakaria Abdul Rahman selaku Ketua Pegawai Teknikal TCOMM.

Majlis penyerahan sumbangan itu turut dihadiri oleh YB Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak, Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Exco Kerajaan Negeri Terengganu dan YB Hishamuddin Abdul Karim, Adun Tepoh.

Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa yang ditimpa banjir.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *