PROGRAM KESYUKURAN DAN MAJLIS MAKAN MALAM TERENGGANU TELECOMMUNICATIONS SDN BHD

27 Februar 2023 (Isnin) – Alhamdulillah telah berlangsung Program Kesyukuran dan Majlis Makan Malam Terengganu Telecommunications Sdn Bhd (TCOMM) yang bertempat di Hotel Primula Kuala Terengganu buat kali ke-2.

Ribuan terima kasih kepada YB Dr Haji Mamad bin Puteh, selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awan, Utili dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu merangkap Ahli Lembaga Pengarah TCOMM mewakili YAB Menteri Besar Terengganu telah merasmikan program sehingga selesai ke akhirnya. Ucapan terima kasih juga kepada semua yang turut hadir terutama, YB Ustaz Sulaiman bin Sulong, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu merangkap Ahli Lembaga Pengarah TCOMM, YB Tn. Haji Mazli Zakuan bin Mohd Nor, Penasihat Korporat MBI, Ahli-ahli Lembaga Pengarah TCOMM, Ketua Pegawai Eksekutif TCOMM iaitu En. Mohd Badaruddin bin Ismail dan semua pegawai kerajaan negeri Terengganu, kakitangan TCOMM serta semua tetamu yang telah hadir memeriahkan Program Kesyukuran dan Majis Makan Malam itu.

TCOMM ditubuhkan pada awal 2020 dan telah diberi hak secara khursus oleh Kerajaan Negeri melalui MBI bagi melaksanakan kerja-kerja sebagai Agensi Setempat bagi pengurusan dan pembangunan telekomunikasi di negeri Terengganu. Sepanjang pebuhan sehingga kini, perjalanan TCOMM telah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan telah berjaya melaksanakan program-program pendaftaran dan pemutihan menara-menara di seluruh negeri Terengganu.

Majlis makan malam ini adalah penghargaan serta ucapan terima kasih tidak terhingga kami kepada semua agensi-agensi yang terlibat terutamanya kepada SKMM, Majlis-majlis Daerah, Pejabat-pejabat Daerah, pihak Telco & DP di atas Kerjasama yang telah diberikan. Kami juga berharap agar Kerjasama ini akan terus terjalin bagi memastikan kelangsungan pembangunan industri telekomunikasi di negeri Terengganu dapat dijana dan dibangunkan dengan sebaik-baiknya.

Pembangunan digital sangat penting dan ini adalah merupakan antara objektif utama penubuhan TCOMM dan kita akan meneruskan kerja-kerja ini dengan sebaik-baiknya bagi memastikan semua kawasan di negeri Terengganu mendapat liputan telekomunikasi yang menyeluruh.

Dengan ini, TCOMM merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat telah hadir menyerikan majlis pada malam ini.

“TCOMM : PENERAJU TRANSFORMASI KOMUNIKASI”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *