Kunjung Hormat Exco Infrastruktur , Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri TerengganuKunjung Hormat Exco

30 Okt. 2023 : Ucapan terima kasih kepada YB Hanafiah bin Mat yang sudi menerima kunjungan kami daripada pihak Terengganu Telecommunications Sdn Bhd (TCOMM) yang bertempat di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk hari ini. Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif TCOMM, Encik Yousri Taibin bersama Ketua Pegawai Operasi TCOMM, Encik Muhamad Hanafiah Ismail.

Sehubungan itu, sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada beliau atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur , Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu. Semoga kunjungan ini dapat membentuk kerjasama yang strategik antara kedua-dua pihak bagi memastikan pembangunan telekomunikasi di Negeri Terengganu lebih progresif pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *