Kunjung Hormat ke PTG

07 November 2023 : Sesi kunjung hormat Terengganu Telecommunications Sdn Bhd (TCOMM) kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu yang bertempat di Wisma Darul Iman pagi tadi. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif TCOMM, En Yousri bin Taibin dan bersama dua pegawai TCOMM.

Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Pengarah PTG iaitu Ybhg. Dato’ Haji Ishamuddin bin Hashim dan pegawai-pegawai PTG atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga kunjungan ini dapat membentuk kerjasama yang strategik antara kedua-dua pihak bagi memastikan pembangunan telekomunikasi di Negeri Terengganu lebih progresif pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *