Sesi lawatan dan majlis penyerahan struktur menara telekomunikasi bagi tapak Pulau Sah Kecil / Pulau Herba, Kenyir, Daerah Hulu Terengganu

5/2/2024 : Sesi lawatan dan majlis penyerahan struktur menara telekomunikasi bagi tapak Pulau Sah Kecil / Pulau Herba, Kenyir, Daerah Hulu Terengganu daripada pihak FGV Prodata System Sdn Bhd kepada pihak Digi Telecommunications Sdn Bhd yang merupakan projek JENDELA di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Terengganu.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak SKMM Terengganu dan pihak MNF Infra Sdn Bhd kerana turut serta bagi menjayakan lawatan dan majlis tersebut.

Semoga kewujudan struktur menara telekomunikasi di kawasan Pulau Sah Kecil/Taman Herba tersebut dapat memberi manfaat kepada para pengunjung dan penduduk setempat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *