9 Disember 2024: Pihak TCOMM sebagai OSA pembangunan infrastruktur telekomunikasi negeri telah membuat pembentangan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) yang telah diadakan di Wisma Darul Iman dan dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar selaku Menteri Besar Terengganu.
Di dalam mesyuarat JPN ini, pihak TCOMM telah mengemukakan kertas cadangan untuk kaedah pertimbangan kelulusan jarak anjakan bagi pembinaan infrastruktur telekomunikasi di seluruh negeri Terengganu. Dengan mendapat kelulusan kepada kertas cadangan ini, dijangkakan struktur menara telekomunikasi di bawah program pemutihan yang menghadapi isu jarak anjakan dapat diberi kelulusan dengan pertimbangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Di kesempatan ini, pihak kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MCMC negeri Terengganu yang telah banyak membantu menyalurkan maklumat berkaitan dan memberikan sokongan penuh dalam menghasilkan kertas cadangan ini.
Tidak dilupakan juga kepada pihak PlanMalaysia Terengganu yang memberikan pandangan dan panduan kepada pihak TCOMM untuk membawa kertas cadangan ini ke Mesyuarat JPN sehingga ke hari pembentangan.
Semoga dengan pelaksanaan kaedah pertimbangan kelulusan jarak anjakan ini akan memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua pihak.