05 Nov 2026

Kunjungan Hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu

Kunjungan Hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu

4 November 2026 – Satu kunjungan hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu telah diadakan oleh Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM), diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif TCOMM, Encik Yousri bin Taibin.

TCOMM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pegawai Daerah Kuala Terengganu serta Encik Che Wan Mohd Zulkifli bin Che Wan Jalil, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan) atas kesudian menerima kunjungan hormat ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama serta bertukar pandangan berkaitan penyelarasan dan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di daerah Kuala Terengganu.

Diharapkan pertemuan ini dapat membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat dan berterusan antara kedua-dua pihak. TCOMM komited untuk terus menjalin hubungan strategik dengan pihak berkepentingan dalam menyokong pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang terancang di Negeri Terengganu.