
Meremajakan Polisi
Menilai dan menambah baik dasar serta garis panduan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pembangunan infrastruktur telekomunikasi negeri.
Profil Syarikat
"Spearheading Communication Transformation."
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri, 100% milik Mentri Besar, Trengganu (MBI) — dilantik untuk memantau, menyelaras dan menerajui pembangunan infrastruktur telekomunikasi serta pendigitalan di seluruh negeri.
Latar Belakang
Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) merupakan Agensi Sehenti (One Stop Agency, OSA) bagi negeri Terengganu yang dilantik oleh Mentri Besar, Trengganu (MBI) untuk memantau dan menyelaras pembangunan infrastruktur telekomunikasi di negeri Terengganu, selaras dengan garis panduan Pihak Berkuasa Melulus (PBM). Sebahagian daripada peranan kami juga adalah memberikan khidmat nasihat serta pandangan strategik kepada Kerajaan Negeri Terengganu berkaitan pembangunan infrastruktur dan pendigitalan.
Sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri, teras perniagaan kami adalah memastikan setiap permohonan pendaftaran dan pembaharuan permit infrastruktur telekomunikasi diselaraskan melalui TCOMM sebelum dikemukakan kepada PBM untuk pertimbangan dan kelulusan. Kami berurusan dengan semua Penyedia Perkhidmatan Rangkaian (NSP) dan Penyedia Kemudahan Rangkaian (NFP) di seluruh negeri Terengganu.
Satu pintu antara industri dan Pihak Berkuasa Melulus — bagi setiap meter gentian dan setiap menara di Terengganu.
Teras Pembangunan
Daripada polisi sehingga pelaksanaan pembangunan struktur telekomunikasi — infrastruktur fizikal yang menjadi tulang belakang Negeri Digital Terengganu.

Menilai dan menambah baik dasar serta garis panduan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pembangunan infrastruktur telekomunikasi negeri.

Menara dan tiang pintar bersepadu yang sedia masa hadapan sebagai infrastruktur rangkaian negeri.
Audit bagi memastikan menara sentiasa beroperasi dengan baik dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Visi
Menjadi syarikat pembangunan teknologi pendigitalan terbaik dalam menerajui transformasi digital negeri Terengganu.
Sebagai Agensi Sehenti (OSA), TCOMM menyelaras pembangunan infrastruktur telekomunikasi antara industri dan Pihak Berkuasa Melulus.
"Spearheading Communication Transformation."
Teruskan ke MisiMisi
"Empat teras yang menggerakkan misi TCOMM ke arah Negeri Digital Terengganu."
Menjadi penghubung yang dipercayai serta pemudah komunikasi terbaik antara industri, masyarakat, mesin, peranti dan teknologi digital.
Menjadi satu-satunya badan berautoriti yang bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi dan pendigitalan di negeri Terengganu.
Menerajui pembangunan dan penggunaan teknologi fiberisasi bagi memperluas akses capaian internet menyeluruh.
Menjadi peneraju pembangunan Negeri Digital di Terengganu.
Nilai Korporat
Keahlian
Maklumat Syarikat