21 Okt 2026

Sekalung Penghargaan | THE GOLDEN CONNECTION 2026

Sekalung Penghargaan | THE GOLDEN CONNECTION 2026

 

Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang telah hadir memeriahkan Majlis Makan Malam THE GOLDEN CONNECTION yang berlangsung pada 20 Oktober 2026 bertempat di Duyong Convention Centre (DCC), Kuala Terengganu.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu, atas kesudian hadir dan menyempurnakan perasmian majlis ini.

Majlis ini menjadi platform yang bermakna dalam menghimpunkan wakil agensi kerajaan, pemain industri telekomunikasi, pemilik menara serta rakan strategik TCOMM bagi mengeratkan hubungan dan memperkukuh jaringan kerjasama dalam menyokong pembangunan infrastruktur telekomunikasi Negeri Terengganu.

Setulus penghargaan turut ditujukan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, kepercayaan dan kerjasama kepada TCOMM, khususnya dalam usaha menyelaras pembangunan infrastruktur telekomunikasi serta menyokong agenda pendigitalan negeri.

Semoga hubungan dan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi ke arah pembangunan industri telekomunikasi yang mampan dan berdaya maju.

Terima kasih atas segala sokongan dan kenangan yang tercipta. Sehingga kita bertemu lagi!