Kunjung Hormat Exco Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu

11 April 2023 : Kunjung hormat kepada YB Dr Haji Mamad bin Puteh, selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu merangkap Ahli Lembaga Pengarah TCOMM yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif TCOMM, En Yousri bin Taibin bersama Ketua Pegawai Operasi TCOMM, Tn Hj Mohd Hanafiah bin Ismail di Pejabat EXCO, Wisma Darul Iman.

Kunjung hormat ini diadakan adalah bagi membincangkan kerjasama TCOMM dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta mencipta peluang pembangunan telekomunikasi di Terengganu. Semoga kunjungan ini dapat membentuk kerjasama yang strategik antara kedua-dua pihak bagi memastikan pembangunan telekomunikasi di Negeri Terengganu lebih progresif pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *