Kunjung Hormat Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu

11 April 2023 – Ketua Pegawai Eksekutif TCOMM, En Yousri bin Taibin bersama Ketua Pegawai Operasi TCOMM, Tn Hj Mohd Hanafiah bin Ismail telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Ust Ariffin Deraman selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah TCOMM di Pejabat EXCO, Wisma Darul Iman.

Kunjung hormat ini diadakan adalah bagi membincangkan kerjasama TCOMM dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta mencipta peluang pembangunan telekomunikasi di Terengganu. Semoga kunjungan ini dapat membentuk kerjasama yang strategik antara kedua-dua pihak bagi memastikan pembangunan telekomunikasi di Negeri Terengganu lebih progresif pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *