01 Dis 2024

Majlis Makan Malam Dana Pembinaan Kompleks Tarbiyah Kuala Terengganu

Majlis Makan Malam Dana Pembinaan Kompleks Tarbiyah Kuala Terengganu

29 November 2024: Terengganu Telecommunications Sdn Bhd (TCOMM) berpeluang menyertai Majlis Makan Malam Dana Pembinaan Kompleks Tarbiyah Kuala Terengganu. Melalui majlis ini, sokongan ini dihulurkan dengan harapan dapat menyemarakkan lagi usaha memartabatkan ilmu agama di negeri Terengganu.

Semoga langkah ini memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.