Melabuhkan Tirai | TERENGGANU SMART CITY ACTIVATION DAY (TSCA) 2026
Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) berbesar hati kerana berpeluang menyertai Terengganu Smart City Activation Day (TSCA) 2026 yang telah berlangsung pada 19 Oktober 2026 bertempat di Duyong Convention Centre (DCC), Kuala Terengganu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang telah meluangkan masa mengunjungi reruai pameran TCOMM, berinteraksi dengan pasukan kami serta berkongsi pandangan dan maklumat sepanjang program berlangsung. Kehadiran dan sokongan anda amat kami hargai.
Ucapan terima kasih dan penghargaan turut ditujukan kepada PLANMalaysia Terengganu selaku penganjur program atas usaha menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan, pemain industri dan komuniti dalam menyokong aspirasi pembangunan bandar pintar di Negeri Terengganu.
Penghargaan khusus juga diberikan kepada rakan pempamer kami, Prima Cell Sdn. Bhd. dan Sirrihatt Subsea Sdn. Bhd., atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan penyertaan pameran bersama TCOMM. Kerjasama yang terjalin telah melengkapkan ruang pameran kami serta membuka peluang untuk berkongsi kepakaran dan inisiatif masing-masing.
Semoga hubungan dan jaringan kerjasama yang terbina dapat terus diperkukuh ke arah merealisasikan Terengganu yang lebih terhubung, inovatif dan berdaya maju dalam era digital.
Jumpa lagi di TSCA akan datang!


















