28 Jan 2024 : TCOMM menerima kunjungan daripada Pengarah Negeri SKMM Terengganu yang baharu iaitu Tuan Haji Abdul Mubin Mohd Zain bersama barisan pengurusan SKMM Terengganu. Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi membincangkan perancangan semasa projek antara SKMM dan TCOMM sekaligus bagi mewujudkan jurang yang lebih erat antara kedua-dua pihak bagi memastikan pembangunan telekomunikasi di Negeri Terengganu lebih progresif pada masa akan datang.