10 JAN 2024 – Mesyuarat perbincangan di antara Terengganu Telecommunications Sdn Bhd (TCOMM) bersama syarikat ‘Deployment Partner’ kali ke-1 bagi tahun 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat TD1303 yang diketuai oleh En. Zakaria Abdul Rahman selaku Ketua Pegawai Teknikal TCOMM. TCOMM juga telah melantik satu syarikat ‘Deployment Partner’ yang baru bagi menguruskan pembinaan struktur telekomunikasi di negeri Terengganu. Semoga perbincangan yang telah dijalankan dapat menghuraikan isu-isu yang timbul di dalam pembinaan dan penambahbaikan sistem telekomunikasi di negeri Terengganu.