9 Julai 2024: Mesyuarat antara TCOMM, SKMM, dan MRLSB diadakan di pejabat SKMM Terengganu untuk membincangkan keperluan dan perancangan sistem rangkaian telekomunikasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu. Perbincangan bertujuan memastikan Laluan ECRL di Terengganu dapat memenuhi keperluan sambungan telekomunikasi yang memuaskan, serta menyumbang kepada pengalaman perjalanan yang lancar dan memuaskan bagi pengguna perkhidmatan ECRL.
Kami berharap infrastruktur telekomunikasi yang dibincangkan dapat berintegrasi dengan baik dengan perkhidmatan ECRL, menyediakan sambungan telekomunikasi yang berterusan, dan meningkatkan kepuasan pengguna. Harapan ini mencerminkan komitmen untuk memastikan ECRL tidak hanya menghubungkan pantai barat ke pantai timur tetapi juga menyediakan pengalaman perjalanan yang positif dan efisien bagi semua penumpang.