Pada 12 Ogos 2024, jam 9 pagi, TCOMM telah menerima kunjungan hormat daripada tujuh wakil FALCO LAW, termasuk Dato’ Hj Fariz Irwan Mustafa (Managing Consultant) dan Datin Hjh Nor Raihan Abdullah (Group CFO). En. Yousri Taibin selaku CEO TCOMM, telah menyambut mereka dengan mesra serta mengadakan pertemuan yang penuh makna bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan. Kami sangat menghargai peluang untuk berhubung dan mengucapkan terima kasih yang tulus atas lawatan mereka hari ini.