Pada 19 hingga 20 Ogos 2024, TCOMM telah menghadiri satu Bengkel Pelaksanaan dan Pematuhan Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) Negeri Terengganu 2024 yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) negeri Teregganu bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan.
Antara agenda utama yang dibincangkan di dalam bengkel tersebut adalah berkaitan kaedah penyediaan serta serahan tapak rizab struktur komunikasi dan kaedah penyediaan syarat anjakan bagi menara dengan bangunan terdekat di negeri Terengganu.
Pihak TCOMM berbesar hati dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SKMM atas jemputan untuk menghadiri bengkel tersebut