Pada 26 Ogos 2024, TCOMM telah mengadakan mesyuarat bersama syarikat-syarikat Deployment Partners (DP) di Zenith Hotel Kuantan. Mesyuarat yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4 petang ini merangkumi perbincangan mengenai perkembangan prestasi dan laporan semasa DP, status terkini perjanjian kontrak, serta penyelesaian isu-isu berkaitan. Terima kasih kepada semua yang terlibat atas komitmen dan sumbangan anda. Kami amat menghargai kerjasama ini dan berharap agar dapat meneruskan hubungan yang produktif di masa hadapan.














