Pada 11 September 2024, mesyuarat antara Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Terengganu, dan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) telah berlangsung dengan jayanya.
En. Yousri Taibin (CEO TCOMM), Tn. Haji Abd Mubin Mohd Zain (Pengarah SKMM Negeri Terengganu), dan Prof. Madya Dr. Mohd Hanif Yaacob (CEO TSIS) bersama barisan pegawai masing-masing telah bersama-sama membincangkan penyelarasan fee bagi pembangunan struktur telekomunikasi negeri. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sumbangan yang berharga!