1 Oktober 2024 – Ketua Pegawai Operasi TCOMM, Tuan Haji Muhamad Hanafiah bin Ismail, telah hadir untuk menyaksikan penyerahan tapak Taman Alor Jambu (Id: 8111L) kepada pihak MNO. Menara ini dibangunkan dengan kerjasama rakan pelaksana (DP) kami, MNF Infra Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada usaha berterusan TCOMM dalam memperluaskan rangkaian infrastruktur telekomunikasi dengan harapan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan mudah diakses bagi komuniti di Terengganu.