Pameran Intelligent Pole di Program Terengganu Smart City Activation (TSCA)

Program Terengganu Smart City Activation (TSCA) di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) telah berlangsung dengan jayanya, dan kami berbangga menjadi sebahagian daripadanya! 🎉   

Dalam acara ini, TCOMM telah berkolaborasi dengan Colla Engineering Sdn Bhd untuk mempamerkan Intelligent Pole—iaitu satu reka bentuk penyelesaian bagi memenuhi keperluan bandar pintar yang semakin berkembang. Struktur ini menyokong pencahayaan pintar, pemantauan persekitaran (sensor cuaca dan pengesanan pencemaran) serta keselamatan awam dengan butang panggilan kecemasan dan CCTV. Ia juga menawarkan ciri tambahan seperti pengecas EV bagi menyumbang kepada persekitaran bandar yang lebih selamat dan terhubung. 

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Colla Engineering sebagai rakan pelaksanaan kami yang memainkan peranan penting dalam menjayakan acara ini. Replika Intelligent Pole yang dipamerkan di booth kami setinggi 4 meter (skala 1:4 yang boleh mencapai ketinggian 18 hingga 24 meter) memberikan pengunjung peluang untuk melihat lebih dekat bagaimana solusi ini dapat memperbaiki pembangunan bandar pada masa hadapan. 

Kami juga berbesar hati menerima kunjungan daripada YB Dato’ Wan Sukairi bin Wan Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan & Kesihatan Terengganu) dan YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, dan Teknologi Hijau), yang meluangkan masa untuk memahami lebih lanjut mengenai solusi kami dan peranannya dalam menyokong objektif bandar pintar Terengganu.

Terima kasih kepada semua yang singgah di booth kami dan kepada PLANMalaysia@Terengganu selaku penganjur acara kerana menyediakan peluang ini. Kami berharap dapat meneruskan lagi usaha kami untuk menyumbang kepada kemajuan digital dan ekonomi negeri Terengganu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *