14 Oktober 2024: Ketua Pegawai Eksekutif TCOMM, En. Yousri bin Taibin bersama Ketua Pegawai Operasi, Tn. Haji Muhamad Hanafiah bin Ismail serta wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah melaksanakan lawatan ke tapak Surau Perumahan Gong Badak, Kuala Nerus.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau tapak bantahan berhubung cadangan pembinaan infrastruktur telekomunikasi di kawasan tersebut. Pembangunan telekomunikasi adalah penting kerana ia memberikan penduduk akses kepada perkhidmatan komunikasi yang lebih baik, memudahkan urusan seharian, dan membuka peluang kepada pembangunan ekonomi.
Dengan itu, pihak TCOMM berusaha untuk mencapai penyelesaian yang seimbang demi kepentingan pembangunan dan kesejahteraan penduduk setempat.