12 November 2024 – Majlis Daerah Besut (MDB) telah melaksanakan operasi penyitaan terhadap sebuah struktur telekomunikasi jenis PBTS yang dibina tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Daerah Besut. Operasi ini disertai oleh pasukan Jabatan Kawalan Bangunan MDB, Jabatan Perancang MDB, Jabatan Penguatkuasa MDB, dan pihak TCOMM sebagai saksi.
TCOMM menyokong penuh usaha pihak berkuasa dalam memastikan semua struktur telekomunikasi yang didirikan di negeri Terengganu mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan demi keselamatan serta kesejahteraan komuniti setempat.