Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perancang Negeri (JKPN) Terengganu ke-3 bagi tahun 2024

25 November 2024: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perancang Negeri (JKPN) Terengganu ke-3 bagi tahun 2024 telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, untuk membincangkan pelbagai agenda penting dalam memastikan pembangunan dan kesejahteraan Negeri Terengganu terus terpelihara.

Sebagai salah satu entiti yang komited terhadap kemajuan negeri, Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) terus berusaha dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang mampan, sejajar dengan aspirasi negeri untuk menyokong inisiatif pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat Terengganu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *