18 November 2024 – Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Terengganu telah mengadakan satu sesi pembentangan bersama kepada ahli-ahli Majlis Negeri Terengganu yang turut dihadiri oleh Ketua Whip dan juga wakil-wakil OSC.
Pembentangan ini memberi fokus kepada kemajuan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Terengganu, sebagai sebahagian daripada usaha memastikan jaringan telekomunikasi negeri terus diperluas dan diperkukuh demi manfaat rakyat.














