Pada 19-20 Disember 2024, Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) telah mengadakan mesyuarat bersama Syarikat Deployment Partner (DP) di Hotel Maya Kuala Lumpur. Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dan memastikan kesinambungan dalam pembangunan telekomunikasi di negeri Terengganu.
Terima kasih diucapkan kepada semua wakil DP yang hadir atas dedikasi dan komitmen dalam menjayakan mesyuarat ini. Semoga pertemuan ini terus membawa manfaat serta memacu kejayaan bersama pada masa akan datang.