21 Januari 2025: Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) telah menghadiri satu perbincangan di Pejabat Negeri MCMC Terengganu (TSO) yang memfokuskan kepada pelaksanaan Major Contributor Project dan inisiatif JENDELA Fasa 1 di negeri Terengganu. Perbincangan ini telah disertai oleh semua pemegang taruh yang berkaitan iaitu MCMC, TCOMM, KUTT dan pihak Telco.


