11 Mei 2025: Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) merakamkan penghargaan atas jemputan untuk turut serta dalam Bengkel Kluster 1 (Infrastruktur & Logistik) State Government 4 (SG4) yang telah berlangsung di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar.
Penyertaan ini membuka ruang kepada perbincangan strategik bersama wakil-wakil kerajaan negeri serta agensi berkaitan dalam menyelaraskan hala tuju pelaksanaan dasar dan projek pembangunan infrastruktur bagi keempat-empat negeri yang terlibat di bawah inisiatif SG4.
Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat menyumbang ke arah pembangunan yang lebih mampan, inklusif dan berimpak tinggi demi kemajuan rakyat dan negeri secara menyeluruh.





