22 Mei 2025: Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) En. Yousri bin Taibin, telah mengiringi YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian & Teknologi Hijau ke pameran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA 2025) yang berlangsung di Langkawi.
Pameran berprestij ini menghimpunkan pelbagai inovasi global merangkumi sektor pertahanan, komersial dan perindustrian sekaligus membuka peluang pendedahan kepada teknologi terkini.
Penyertaan ini diharap dapat menyokong usaha berterusan Negeri Terengganu dalam merancakkan pertumbuhan digital, memperkasa inovasi serta memajukan pembangunan industri yang mampan.


