22/07/2025: Satu sesi penyaksian replika struktur Intelligent Pole (IP) telah diadakan di perkarangan MBKT sebagai gambaran awal terhadap reka bentuk dan konsep IP yang akan digunakan dalam pelaksanaan projek rintis di Bandar Kuala Terengganu.
Sesi ini telah disaksikan oleh YB Dato’ Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan & Kesihatan Terengganu; YB. Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu; Dato’ Jusman bin Ibrahim, Datuk Bandar MBKT; dan wakil SUK Bahagian Kerajaan Tempatan.
Pameran ini merupakan kerjasama antara Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) selaku One Stop Agency (OSA) bagi pembangunan infrastruktur telekomunikasi Negeri Terengganu dan Colla Connecting Edge Sdn. Bhd. (CCE) selaku penyedia IP.
Diharapkan projek rintis ini dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur telekomunikasi dan pendigitalan negeri seiring dengan aspirasi menjadikan Terengganu sebagai sebuah bandar pintar yang mampan dan berdaya saing.















