09/07/2025: Mesyuarat penyelarasan bagi pelaksanaan projek rintis struktur telekomunikasi Intelligent Pole (IP) di Bandar Kuala Terengganu telah diadakan dengan dipengerusikan oleh SUK Bahagian Kerajaan Tempatan Terengganu dan diurus setiakan oleh Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM).
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Jabatan Tanah Dan Galian Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) , Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) Negeri Terengganu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Terengganu dan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS).
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pendekatan terbaik dalam pelaksanaan projek ini merangkumi aspek teknikal, dasar serta proses kelulusan yang terlibat.
TCOMM komited dalam menyokong usaha transformasi infrastruktur digital di Terengganu ke arah negeri pintar dan berdaya saing.










