Penyertaan TCOMM dalam Bengkel CIPM 2.0 anjuran SKMM di Kota Kinabalu

16-17 Oktober 2024: Pihak Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) telah menyertai Bengkel Kemaskini Data Pengurusan Permit Infrastruktur Komunikasi 2.0 (CIPM 2.0) yang diadakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selama dua hari di Hilton Kota Kinabalu, Sabah. 

Bengkel ini melibatkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta industri komunikasi dari negeri Terengganu dan Negeri Sembilan. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengurusan  serta mengemaskini data permit di dalam sistem CIPM 2.0. TCOMM menyokong usaha-usaha ini demi meningkatkan lagi pengurusan data bagi pembangunan telekomunikasi negeri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *