24 Disember 2024 – Sesi perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diadakan di Bilik Mesyuarat TCOMM. Sesi ini memberikan peluang untuk bertukar pandangan dan mendapatkan maklumat terkini, serta memperkukuhkan lagi kerjasama antara Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) dan MCMC dalam usaha memajukan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Terengganu.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam sesi ini. Semoga perbincangan ini terus membawa manfaat dan memacu kemajuan pembangunan telekomunikasi di negeri Terengganu.