5 Februari 2025: Pihak Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Bahagian Koridor Infrastruktur dan Sistem Maklumat Geospatial (BKI-GIS) di negeri Kelantan. Kunjungan ini disambut dengan baik oleh pihak BKI-GIS bersama barisan pegawainya.
Sebagai OSA bagi negeri Terengganu, TCOMM berbesar hati untuk bertukar pandangan serta memahami pelaksanaan berkaitan infrastruktur telekomunikasi dalam usaha memperkukuh pembangunan sektor ini.






