Bengkel Penyelarasan Pembangunan Infrastruktur Negeri Terengganu Bersama Pihak Berkepentingan

10-11 Februari 2025: Bengkel Penyelarasan Pembangunan Infrastruktur Negeri Terengganu telah diadakan di Hotel Tenera selama dua hari, menghimpunkan pihak berkepentingan dari seluruh negeri.

Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), melibatkan pihak berkepentingan bagi membincangkan hala tuju pembangunan infrastruktur negeri.

Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan & Kesihatan Terengganu, manakala penutup disempurnakan oleh YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, dan Teknologi Hijau.

Semoga sesi perbincangan ini memberi manfaat dalam memperkasa pembangunan infrastruktur negeri demi kesejahteraan rakyat Terengganu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *