Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) yang telah berlangsung pada 7 April 2025 di Event Space TD1303 berjalan dengan lancar dan penuh kemeriahan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua tetamu yang sudi meluangkan masa memeriahkan majlis ini dengan kehadiran dan senyuman yang menceriakan suasana.
Sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kesulitan sepanjang majlis berlangsung, kami mohon ampun dan maaf.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 🌙✨






































