Mesyuarat Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. bersama Syarikat Deployment Partner kali ke-1/2025 

9 April 2025: Satu mesyuarat telah diadakan oleh pihak TCOMM yang dihadiri oleh YB Haji Hanafiah Bin Mat selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Syarikat Deployment Partner (DP) TCOMM dan Syarikat Jurutera Perunding yang berkaitan. 

Antara objektif utama yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah berkenaan kemajuan kelulusan pembangunan infrastruktur telekomunikasi milik DP TCOMM di seluruh Negeri Terengganu.

Semoga hasil perbincangan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan melancarkan lagi pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Terengganu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *