Menyokong Kemajuan Infrastruktur Pintar: Perkongsian TCOMM di Bengkel MTSFB

14–16 Mei 2025: Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) merakamkan penghargaan kepada Malaysian Technical Standards Forum Bhd. (MTSFB) atas penganjuran Technical Code Development Workshop for the Radiocommunications Network Facilities (RNF) Working Group yang telah berlangsung selama tiga hari di Lexis & Grand Lexis Hotel, Port Dickson.

Ketua Pegawai Eksekutif kami, En. Yousri bin Taibin, telah membentangkan bahagian berkaitan Smart Pole dalam program ini dengan mengetengahkan maklumat berkaitan Intelligent Pole di Negeri Terengganu — termasuk perancangan, pelaksanaan, kemajuan semasa, spesifikasi teknikal yang digunapakai, serta peranannya dalam menyokong inisiatif Bandar Pintar Terengganu.

Semoga perkongsian ini memberi nilai tambah dalam merangka kod teknikal yang lebih mantap demi kemajuan sektor komunikasi negara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *