Sumbangan Lembu Limousin Warnai Program Korban Sejuta Sejahtera 2025 di Kg. Limbongan, Besut

10/06/2025: Bertempat di Dewan Kg. Limbongan, Besut, Terengganu, Program Korban Sejuta Sejahtera telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama ADUN Kota Putera yang diketuai oleh YB. Tn. Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab Rahman, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak dan Colla Connecting Edge Sdn. Bhd. (CCE).

Seekor lembu berbaka Limousin dengan anggaran berat satu tan telah disumbangkan oleh pihak CCE bagi menjayakan program ini sekaligus membolehkan agihan daging korban disalurkan kepada penerima terlibat dan penduduk setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program yang penuh keberkatan ini — daripada proses penyembelihan, melapah hingga ke agihan. Semoga segala usaha ini dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda dan membawa rahmat serta keberkatan buat semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *