Program TSCA 2025 Perkukuh Agenda Bandar Pintar Terengganu

14/10/2025: Program Terengganu Smart City Activation Day 2025 (TSCA) telah berlangsung dengan jayanya! 🎉

Bertempat di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, program tahun ini menghimpunkan pelbagai inisiatif dan idea inovatif dalam usaha membentuk masa depan digital Negeri Terengganu.

Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) berbesar hati kerana sekali lagi diberi peluang untuk turut serta, kali ini dengan ruang pameran yang lebih besar serta paparan menarik hasil kerjasama bersama dua rakan pelaksana, iaitu Colla Connecting Edge Sdn. Bhd. (CCE) dan Prima Cell Sdn. Bhd. Para pengunjung berpeluang melihat pelbagai inovasi yang memfokuskan kepada masa depan infrastruktur dan kesalinghubungan pintar di Terengganu.

Sempena program ini, sesi penukaran dokumen turut diadakan antara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan TCOMM, serta antara TCOMM dan CCE sebagai simbol komitmen berterusan dalam menyokong inisiatif bandar pintar di Negeri Terengganu.

Ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang hadir dan singgah ke ruang pameran kami, serta kepada PLANMalaysia@Terengganu selaku penganjur atas penganjuran platform berimpak tinggi yang terus menggerakkan agenda bandar pintar negeri ini.

Semoga penganjuran ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh landskap komunikasi dan transformasi digital di Negeri Terengganu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *