Taklimat Industry Update Pembangunan Telekomunikasi Negeri Terengganu Dilaksanakan

17 Disember 2025: Satu sesi Taklimat Industry Update Pembangunan Telekomunikasi Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam. Program ini dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Kerajaan Tempatan dan Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM).

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan pencerahan berhubung hala tuju, penambahbaikan dasar serta pelaksanaan terkini berkaitan pembangunan telekomunikasi di Negeri Terengganu selaras dengan keperluan semasa serta aspirasi Kerajaan Negeri dalam memperkukuh ekosistem ekonomi digital.

Sesi ini melibatkan penyertaan pegawai kanan Kerajaan Negeri Terengganu, wakil-wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, pemain industri telekomunikasi serta pihak perunding sebagai platform perbincangan dan penyelarasan pelbagai pandangan serta keperluan industri.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir dan terlibat atas komitmen, perkongsian pandangan serta pencerahan yang konstruktif. Diharapkan sesi taklimat ini dapat memberikan kemas kini yang bermanfaat serta menyokong usaha berterusan ke arah memperkukuh pembangunan industri telekomunikasi di Negeri Terengganu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *