Sekalung penghargaan kepada En. Mohd Badaruddin Ismail sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TCOMM bemula Februari 2020 sehingga Mac 2023. TCOMM mengucapkan jutaan terima kasih atas kepimpinan dan segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang penubuhan TCOMM sehingga kini. Semoga En. Mohd Badaruddin Ismail terus maju jaya dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
Tahniah dan selamat datang kepada En Yousri Taibin di atas perlantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TCOMM berkuatkuasa pada 2 April 2023.